Tuesday, 30 April 2013
BAGAIMANA MURID-MURID MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS
Beberapa Contoh Posisi Tangan dan Jari Murid Semasa Menulis



Schneck dan Henderson (1990) telah mencipta skala perkembangan yang menerangkan genggaman pensel tipikal yang dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak tipikal.
Rajah 1: Ilustrasi Definisi Operasi bagi Postur Genggaman dalam Urutan Pembangunan (Sumber: Schneck & Henderson 1990)
Berdasarkan Rajah 1, perkembangan jenis-jenis genggaman yang tidak matang ialah dari (a) hingga (h) dan jenis-jenis genggaman yang matang ialah (i) dan (j).
Penerangan jenis-jenis genggaman seperti rajah di atas adalah:
(a) genggaman jejari silang
(b) genggaman supinate tapak tangan
(c) genggaman pronate digital, hanya jari dilanjutkan
(d) genggaman berus
(e) genggaman denganlanjutan jari
(f) genggaman ibu jari silang
(g) genggaman tripod statik
(h) genggaman empat jari
(i) genggaman tripod lateral
(j) genggaman tripod dinamik.
Sunday, 28 April 2013
AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA
1.Membina perkataan berirama (sama ada pada pangkal, tengah atau hujung suku kata atau kata).
Contoh : la gu la ku la lu la bu la yu
2.Mendiskriminasi perkataan.
3.Melengkapkan atau menambah perkataan.
4.Membina perkataan dalam perkataan.
5.Membina perkataan daripada huruf-huruf dalam perkataan.
6.Mengelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.
7.Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.
8.Permainan teka teki.
9.Permainan silang kata.
KEMAHIRAN MENGEJA
Punca murid-murid lemah dalam ejaan.
1. Lemah dalam ingatan penglihatan.
2. Lemah dari segi analsis pendengaran.
1. Lemah dalam ingatan penglihatan.
- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.
2. Lemah dari segi analsis pendengaran.
- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat dalam perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
- Kemungkinan lemah dalam bacaan.
CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN MURID-MURID DISLEKSIA
- Berikan bantuan dan latihan yang banyak secara individu.
- Beri latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat permulaan dan asas.
- Beri penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
- Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid.Tulisan dan cara guru menulis akan disalin atau diikuti oleh murid-murid.Justeru, guru perlu tulis dengan teliti dan betul.
- Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.
- Motivasi murid agar kurangkan penggunaan getah pemadam.
MASALAH TULISAN MURID-MURID DISLEKSIA
- Perkataan-perkataan ditulis terlalu rapat antara satu sama lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak antara huruf dengan huruf atau antara perkataan dengan perkataan.
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas/ tepat/ betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan.
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)








