Murid disleksia sekolah rendah dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran spesifik. Murid disleksia didefinisikan sebagai murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis.
Murid-murid ini bukan terdiri daripada mereka yang malas, nakal, mengalami gangguan emosi mahupun yang menghadapi masalah sosial. Akan tetapi bermasalah dalam menguasai kemahiran bahasa dan aritmetik.Ciri-ciri murid disleksia dapat dilihat dari segi fizikal, kecerdasan, emosi dan sosial. Antara ciri-ciri murid-murid disleksia adalah:
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan.
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif.
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah.
- Sering kali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari.
- Tidak merangkak semasa bayi.
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri.
- Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baharu, dan suka bertanya banyak perkara.
Murid-murid Disleksia Sekolah Rendah (6 - 9 tahun)
- Kemahiran membaca, menulis, mengeja yang lemah serta suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor.
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca.
- Keliru dengan kiri dan kanan.
- Tulisan cermin atau terbalik.
Murid-murid Disleksia Sekolah Rendah (9 - 12 tahun)
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman.
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan.
- Kesukaran menyalin maklumat pada papan tulis atau buku teks.
- Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
- Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau di sekolah.
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa.
No comments:
Post a Comment